ANGGOTA polis ketika menyoal siasat mangsa. FOTO/AGENSI
ANGGOTA polis ketika menyoal siasat mangsa. FOTO/AGENSI
Agensi

New York: Lima orang terasuk tiga bayi ditikam di pusat penjagaan kanak-kanak 24 jam di Queens, New York, oleh kakitangan wanita premis itu berusia 52 tahun.

Usia bayi berkenaan, dipercayai dua perempuan dan seorang lelaki, tidak diketahui tetapi seorang daripadanya parah.

Dua mangsa lain yang ditikam, pekerja wanita dan bapa kepada seorang kanak-kanak, lapor New York Post. Semua mangsa masih dirawat di hospital manakala penyerang terbabit yang juga cedera turut terselamat.

Kejadian berlaku jam 3.30 pagi (waktu tempatan) di Flushing. Menurut Daily Mail, selepas menyerang lima mangsa berkenaan, wanita terbabit turun ke bilik bawah tanah dan mengelar lengannya dalam cubaan membunuh diri sebelum ditemui polis dan diselamatkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 September 2018 @ 9:22 PM