SUSAN menjaga siput gergasi ini sejak 17 tahun lalu. FOTO Daily Mail.
SUSAN menjaga siput gergasi ini sejak 17 tahun lalu. FOTO Daily Mail.
Agensi

HASILNYA seperti kerja tangan tukang kebun profesional, namun percaya atau tidak ia sekadar ciptaan golongan yang sekadar amatur yang penyabar dan berbakat.

Hanya berbekalkan peralatan ringkas, kumpulan ini mengambil peluang perubahan cuaca kepada musim bunga untuk menghiasi halaman mereka dengan pelbagai bentuk menarik.

Seorang daripadanya, Susan Main menghabiskan 17 tahun lalu menjaga ‘siput babi’ gergasi dibentukkan daripada pokok renek di ladangnya di Cotswold.

Susan memberitahu Daily Mail, hiasan itu dihasilkan jirannya pada 1975 dan kini setinggi 177 sentimeter iaitu bersamaan Susan sendiri. Ia juga menjadi tarikan pelancong dengan bas persiaran berhenti untuk membolehkan mereka mengambil gambar.

LEGG mengolah pokok cemara di rumahnya menjadi arca gergasi.
LEGG mengolah pokok cemara di rumahnya menjadi arca gergasi.

Sementara itu di Tonbridge, Kent, pesara doktor Owen Legg menghabiskan empat dekad mengolah pokok cemara di luar rumahnya menjadi arca setinggi tujuh meter yang mempunyai dua sisi iaitu sebelah seperti merak dan sebelah lagi gajah.

Juga di Kent, Charlotte Molesworth menghabiskan 40 tahun menghasilkan merak gergasi manakala di Nether Stowey, Somerset, Tracie Skinner mempunyai arca ulat beluncas digelar Colin sepanjang sembilan meter.

“Suami kadangkala menganggap saya gila, tetapi dia membiarkan saja saya dengan hobi ini,” katanya ketawa.

ARCA sepanjang 45 meter dihasilkan Judith merangkumi 32 orang, empat anjing dan seekor arnab.
ARCA sepanjang 45 meter dihasilkan Judith merangkumi 32 orang, empat anjing dan seekor arnab.

Bagaimanpun, arca pokok terbesar dimiliki Judith Phillips dari Kentwell Hall, Suffolk.

Seni sepanjang 45 meter itu menggambarkan kisah dongeng Pied Piper, watak yang menggunakan seruling untuk mengawal tikus. Arca dihasilkan Judith menggunakan 14 pokok cemara merangkumi 32 orang, empat anjing dan seekor arnab.

CHARLOTTE menunjukkan merak dihasilkannya.
CHARLOTTE menunjukkan merak dihasilkannya.

TRACIE bersama Colin.
TRACIE bersama Colin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2019 @ 10:21 AM