NERIUM oleander kelihatan menarik, kerap berbunga bahkan sering dijadikan sebagai hiasan di taman umum.
NERIUM oleander kelihatan menarik, kerap berbunga bahkan sering dijadikan sebagai hiasan di taman umum.

Salam deko buat semua. Minggu ini kita sambung lagi topik yang sama iaitu tanaman hiasan yang boleh mendatangkan kemudaratan jika kurang peka.

Dalam kalangan kita kebanyakannya gemar membeli tumbuhan hiasan berdasarkan warna dan bentuknya. Sememangnya ia mempunyai tarikan yang sering menjadi pilihan apatah lagi melengkapkan kreativiti dalam mencipta taman indah.

Tahukah anda tanaman yang menarik tidak semesti selamat untuk berada di taman kerana ada antaranya hadir dengan racun dan kemudaratan lain? Selain tanaman beracun yang saya huraikan beberapa minggu kebelakangan ini, masih ada lagi yang perlu anda tahu dan ini antaranya:

Bunga Nerium Oleander

Ia kelihatan menarik, kerap berbunga bahkan sering dijadikan sebagai hiasan di taman umum.

Tanaman hiasan ini mengandungi racun seperti Oleandrin dan Neriine yang dikatakan boleh menyebabkan gangguan sistem saraf dan pencernaan hingga mengganggu sistem peredaran darah.

Jika terkena racun tanaman ini, gejala seperti mual, muntah, tubuh mengigil, denyut jantung tidak teratur, rasa sakit yang pada kepala, koma atau ada yang menyebabkan kematian.

Getah dari tanaman ini pula dikatakan menyebabkan iritasi pada kulit dan mata menjadi buta.

Justeru, jika anda memiliki tanaman hiasan jenis ini sebaiknya berhati-hati dengannya.

Daffodil

Turut dikenali sebagai bunga bakung. Daffodil tergolong dalam tanaman yang memiliki racun berbahaya, terutama bahagian umbi atau akarnya.

Bahagian itu dikatakan dapat menyebabkan masalah pencernaan seperti muntah-muntah dan cirit-birit.

Pada masa sama daun dan umbinya turut mengandungi alkaloid beracun yang dipanggil lycorine.

Malah getah yang terdapat pada bahagian batangnya juga turut beracun.

Elakkan bunga bakung ditanam bersama pokok lain kerana racun yang ada padanya boleh mengganggu tumbesar tanaman berdekatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2017 @ 9:57 AM