KELIHATAN seperti bunga mawar namun ranunculus bukan daripada keluarga bunga mawar.
KELIHATAN seperti bunga mawar namun ranunculus bukan daripada keluarga bunga mawar.

Salam deko buat semua. Minggu ini saya kembali membicarakan lagi tajuk yang sama iaitu tumbuhan hiasan yang boleh mendatangkan kemudaratan jika kurang peka mengenainya. Jika anda pergi ke kedai menjual pokok hiasan, jangan mudah teruja kerana tahukah anda bukan semua yang dijual itu selamat untuk diletakkan atau menghiasi halaman kediaman?

Bagi anda yang kurang mahir mengendalikan tanaman hiasan, ia bakal mengundang bahaya. Namun, bagi yang punya pengetahuan, mungkin masih mahu menghiasi halaman dengan tumbuhan beracun kerana bentuk yang menarik cantik, tetapi berlandaskan pengetahuan luas mengenainya.

Azalea

Tanaman rhododendron simsii atau lebih dikenal dengan bunga azalea mempunyai racun tahap rendah bagi haiwan peliharaan dan manusia.

Namanya yang indah membuatkan azalea turut dipilih sebagai nama seseorang.

Seluruh bahagian pokok ini mempunyai komponen andromedotoxins (grayanotoxins) yang beracun, namun Azalea sering menjadi tanaman hias yang popular kerana daya tarikannya.

Ranunculus

Tanaman hiasan beracun ranunculus ini jika dilihat sekilas seperti bunga mawar yang indah dan menarik.

Namun ternyata tanaman ini bukanlah dari keluarga bunga mawar.

Ia sering dikenali dengan pelbagai nama termasuk buttercup dan spearworts.

Bunga ranunculus mempunyai pelbagai warna antaranya merah, putih, kuning, merah muda dan jingga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2017 @ 10:30 AM