MAH Sing meraikan ulang tahun ke-30 dengan tawaran hadiah lumayan.
MAH Sing meraikan ulang tahun ke-30 dengan tawaran hadiah lumayan.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Kumpulan Mah Sing Berhad (Mah Sing) menawarkan hadiah mega bernilai RM500,000, meliputi tiga kenderaan elektrik (EV) dan wang tunai sempena Kempen Ulang Tahun ke-30.

Menerusi kempen itu, Mah Sing turut meraikan tiga dekad kecemerlangannya dalam industri hartanah.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, pihaknya teruja untuk meraikan ulang tahun ke-30 dengan kempen yang dianjurkan selama setahun untuk pelanggan.

Katanya, ini memberikan peluang keemasan kepada pembeli rumah untuk bukan sahaja mendapatkan rumah idaman mereka tetapi juga meningkatkan gaya hidup mereka, di samping memberi impak positif kepada alam sekitar, dengan peluang memandu pulang kereta EV.

"Kediaman bukan sekadar bumbung yang memberi perlindungan, ia adalah tempat di mana memori dicipta.

"Sekarang adalah masa terbaik untuk memiliki rumah dengan Mah Sing, iaitu platform terbaik mencari kediaman impian.

"Sejak saya membuat keputusan menceburi bidang pembangunan hartanah pada 1994, saya memang tahu perjalanan ini sesuatu yang luar biasa.

"Tiga dekad lalu memang mencabar tetapi memberi ganjaran menarik, mendorong kami untuk menjadi salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia.

"Kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa usaha bersama semua dalam Mah Sing, rakan kongsi kami yang dihargai dan lebih dari 57,000 pemilik rumah di seluruh negara.

"Atas dasar ini, saya mengucapkan terima kasih setinggi-tingginya kepada semua yang menyokong Mah Sing," katanya dalam kenyataan.

Pembeli rumah yang menempah hartanah Mah Sing dari 8 April hingga 31 Disember 2024 dan menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) pada atau sebelum 31 Mac 2025, berpeluang memenangi hadiah tunai yang menarik atau hadiah utama kereta EV jenama Tesla, BYD dan Neta-V.

Selain itu, pembeli rumah yang menandatangani SPA untuk projek M Terra juga layak untuk menyertai kempen ulang tahun Mah Sing.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2024 @ 2:41 PM