Barisan pengurusan kanan NSK Skudai pada hari pembukaan.
Barisan pengurusan kanan NSK Skudai pada hari pembukaan.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: NSK Trade City (Skudai) Sdn Bhd (NSK Skudai) membuka cawangan pasar raya besar terbarunya di Skudai, Johor dengan keluasan lantai dianggarkan 100,000 kaki persegi.

Pasar raya besar itu juga menyediakan 456 tempat letak kereta bagi kemudahan pelanggan.

NSK Skudai dalam kenyataan berkata, sempena pembukaan itu pihaknya akan menjalankan promosi bermula 15 hingga 24 Mac dengan menawarkan pelbagai barangan pada harga berbaloi.

"NSK Skudai akan menawarkan pelbagai barangan runcit, barangan isi rumah, ayam dan hasil segar seperti sayur-sayuran, makanan laut hidup seperti ikan, udang dan ketam pada harga berpatutan untuk memberikan penjimatan lebih baik untuk pelanggan.

"Ia dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam dan orang ramai dijemput untuk mendapatkan barangan mereka pada harga berpatutan," katanya.

Berada di laluan utama dan mudah diakses, NSK Skudai turut dikelilingi kejiranan pembangunan bercampur meliputi kediaman, pejabat, kedai dan kilang.

NSK Skudai terletak di sepanjang Jalan Impian Utama, Taman Impian Skudai dan boleh diakses dari Lebuhraya Skudai dan Jalan Impian Utama.

Di kawasan utara dan barat NSK Skudai pula berdekatan Kempas dengan pembangunan membabitkan Taman Sutera Utama, Taman Nesa, Taman Bukit Gemilang dan Taman Ungku Tun Aminah.

NSK Skudai ialah anak syarikat milik penuh NSK Trading Sdn Bhd (NSK Trading) dengan aktiviti utama NSK Trading adalah dalam perniagaan pemborong dan runcit, perdagangan serta pelaburan hartanah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2024 @ 7:49 AM