SAIZ pasar raya seluas 85,000 kaki persegi beri keselesaan kepada pelanggan.
SAIZ pasar raya seluas 85,000 kaki persegi beri keselesaan kepada pelanggan.
MOHD Shariff (kanan) berbual dengan pelanggan  di  NSK Grocer di Quill Mall.
MOHD Shariff (kanan) berbual dengan pelanggan di NSK Grocer di Quill Mall.
 MOHD Shariff (lima kiri) memotong riben di majlis pembukaan NSK Grocer di Quill Mall.
MOHD Shariff (lima kiri) memotong riben di majlis pembukaan NSK Grocer di Quill Mall.

NSK Grocer (KL) Sdn Bhd komited meluaskan rangkaian NSK Grocer ke beberapa lokasi lain di seluruh Lembah Klang, bermula tahun ini, bagi memberi lebih banyak peluang kepada pengguna memperoleh barangan keperluan pada harga sangat berpatutan.

Pengarah Eksekutifnya, Loh Teck Wah berkata, pihaknya menyasarkan untuk membuka satu cawangan NSK Grocer bagi setiap suku tahunan terutama di lokasi strategik yang menjadi tumpuan pengunjung.

Katanya, cawangan pertama NSK Grocer sudah dibuka di Quill City Mall Kuala Lumpur dengan saiz pasar raya seluas 85,000 kaki persegi.

"NSK Grocer berbeza kerana di sini barisan produknya lebih banyak, meliputi pelbagai jenama tempatan dan import namun masih dijual pada harga berpatutan.

 "Kami memang merancang membuka lebih banyak NSK Grocer untuk memberi pengalaman beli-belah terbaik kepada rakyat Malaysia.

 "Kami jangka suku kedua tahun ini akan buka satu lagi rangkaian NSK Grocer yang mana lokasi pilihan masih di Lembah Klang," katanya kepada Bisnes Metro di Majlis Pembukaan Rasmi NSK Grocer di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Versatile Creative Berhad, Tan Sri Mohd Shariff Omar dan Naib Presiden Kanan Quill Retail Malls Sdn Bhd, Justin Liew.

Sementara itu, Mohd Shariff berkata, pihaknya menjalin usaha sama dengan Kumpulan NSK bagi mewujudkan NSK Grocer sebagai pusat sehenti pilihan pengguna berbelanja barang keperluan rumah dengan nilai lebih berbaloi.

 Beliau berkata, keunikan NSK Grocer bukan sahaja dari segi kualiti produk yang ditawarkan, malah dilengkapi dengan pelbagai jenis barangan termasuk barang basah segar seperti ikan, ayam, daging, buah-buahan daripada harga rendah, sederhana hingga premium.

  "Daging Wagyu boleh didapati di NSK Grocer, paling penting kami menyediakan banyak pilihan kepada pelanggan yang dapat memenuhi semua lapisan masyarakat," katanya.

  "Kami sentiasa berusaha memastikan pelanggan tidak perlu lagi ke tempat lain mendapatkan barangan yang mereka perlukan kerana semuanya boleh didapati di bawah NSK Grocer," katanya.

  NSK Grocer terletak di tingkat bawah tanah (LG-19-21) Quill City Mall dan dibuka dari 9 pagi hingga 11 malam.

  Sempena pembukaan pertama cawangan itu, NSK Grocer menawarkan pelbagai promosi kepada pengunjung antaranya, baucar RM100 kepada 100 keluarga pertama yang hadir, limau Mandarin sekotak untuk 1,000 keluarga yang pertama dan percuma kad keahlian termasuk baucar bernilai RM10 (sah dari 8 hingga 16 Januari 2022).

TAMAT.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 January 2022 @ 7:01 AM