YONG Hock bergambar semasa pembukaan Mercato di The Exchange TRX. FOTO Aziah Azmee
YONG Hock bergambar semasa pembukaan Mercato di The Exchange TRX. FOTO Aziah Azmee
Nur Elysa Amirah Suhaimi


Kuala Lumpur: GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pengendali pasar raya premium Mercato membuka cawangan ke-10 di The Exchange TRX.

Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail, Cheah Yong Hock berkata, lokasi mercu tanda baharu Kuala Lumpur itu adalah tempat yang sesuai untuk menubuhkan cawangan Mercato.

Katanya, Mercato The Exchange TRX juga menampilkan pelbagai pilihan produk premium yang diimport dari seluruh dunia.

"Di Mercato, kami komited dalam menyediakan pilihan produk yang mampan dan segar untuk pelanggan kami.

"Ini juga adalah cawangan pertama yang mempunyai Kafe Mercato yang menampilkan pelbagai jenis minuman dan hidangan makanan lokal seperti nasi lemak Mercato.

"Lokasi strategik dan menjadi tumpuan ramai, TRX adalah pilihan tepat untuk kami menyediakan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan," katanya.

Beliau berkata, kos pelaburan Mercato di TRX dianggarkan sebanyak RM15 juta dan kos setiap cawangan bergantung kepada keluasan lokasi berkenaan.

"Setakat ini kita ada 10 cawangan di seluruh Malaysia termasuk dua di Pulau Pinang dan satu di Johor Bahru.

"Pastinya kami akan buka lebih banyak cawangan terutama di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Petaling Jaya," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menyasarkan untuk membuka 50 cawangan dalam tempoh lima tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2024 @ 3:36 PM