Honda CR-V serba baharu.
Honda CR-V serba baharu.
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Honda Malaysia hari ini secara rasmi membuka tempahan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) model CR-V generasi keenam di semua 101 pengedar seluruh negara.

Ia bakal dilancarkan secara rasmi pada Disember nanti.

Sebagai model utama Honda Malaysia, CR-V Serba Baharu adalah yang pertama dalam barisan Honda yang menerima e:HEV Powertrain dengan Hybrid Traction Motor yang dipertingkatkan.

Ia dilengkapi enjin 2.0 liter yang menjana tork sehingga 335Nm dan kuasa maksimum 184PS untuk pemanduan yang dinamik.

CR-V Serba Baharu juga dengan Transmisi Pembolehubah Berterusan Elektrik (e:CVT) dengan framework baharu adalah yang pertama untuk Honda Malaysia bagi prestasi lebih baik dan lancar.

Sebagai SUV bukan nasional pilihan, ia turut ditawarkan dengan ciri-ciri baharu seperti kamera 360 darjah, fungsi Honda Sensing dengan tambahan Adaptive Driving Beam serta Honda Connect.

Menurut Honda Malaysia, penggemar model CR-V boleh mula membuat tempahan dengan bayaran hanya RM1,000.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2023 @ 12:16 PM