KENNETH Soh. FOTO Arkib NSTP
KENNETH Soh. FOTO Arkib NSTP
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Shopee Malaysia menganjurkan Masa Depan E-Dagang dengan pempengaruh (influencer) di Malaysia iaitu forum maya yang membincangkan keterkaitan komuniti pempengaruh dalam talian.

Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, pihaknya menekankan kuasa penstriman langsung untuk membina hubungan yang lebih menarik dan diperibadikan dalam talian.

"Di Shopee, kami mempunyai ekosistem pempengaruh yang dipercayai, mereka adalah rakan pengguna dan penjual sendiri yang memberikan pengalaman tulen semasa kempen besar.

"Walaupun beribu-ribu pembeli menonton Shopee Live setiap hari, tidak semua orang menonton semata-mata untuk tujuan membeli-belah.

"Malah, 27 peratus daripada pembeli kami yang ditinjau menonton Shopee Live untuk kandungan hiburan dan pendidikan.

"Sebagai contoh, dalam program Mum's Club Show Shopee Live, komuniti pempengaruh berbincang mengenai topik kesihatan yang berkaitan dengan ibu lain, anak-anak dan juga kanak-kanak berkeperluan khas," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, ini adalah saluran yang semakin penting untuk penjual memacu penukaran di pasaran dan data Shopee menunjukkan bahawa 75 peratus pelanggan yang ditinjau mengikuti video tutorial pempengaruh untuk menyelesaikan masalah dan mengembangkan pengetahuan produk mereka.

Sementara itu, dalam tinjauan Masa Depan E-Dagang dengan pempengaruh di Malaysia terhadap 2,459 pembeli, 75 peratus pembeli Malaysia menyatakan bahawa mereka mahu berasa lebih berhubung melalui ikatan dan berinteraksi dengan pengikut, memupuk hubungan jenama yang kukuh dan kekal relevan.

Dalam erti kata lain, untuk membuktikan diri mereka pada masa hadapan dan menonjol dalam khalayak ramai, Shopee menggalakkan pempengaruh untuk terus membina kesetiaan dengan menjadi tulen dalam kandungan dan pembabitan mereka.

Bagi Penjual Bintang Shopee yang juga menjalankan perniagaan wangian Zheo Lab, Hanita Sayuti berkata, pemasaran pempengaruh adalah penting untuk pemilik perniagaan sebagai titik sentuh untuk pembeli.

"Tiada batasan jenama atau produk. Secara peribadi saya akan membabitkan diri dengan selebriti tempatan, Datuk Rosyam Nor sebagai duta Cat Perfume saya, salah satu produk terlaris saya di Shopee.

"Video promosi kami sudah pun disiarkan secara langsung dan kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramai pempengaruh pada masa hadapan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2022 @ 7:51 AM