U MOBILE
U MOBILE
BERNAMA

Kuala Lumpur: Penyedia perkhidmatan telekomunikasi U Mobile akan menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelangannya mulai 3 Nov 2022 dan selanjutnya selepas ia memeterai Perjanjian Akses (AA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB) pada 30 Oktober 2022.

"Bermula 3 November dan seterusnya, pelanggan pelan pascabayar dan prabayar U Mobile berkeupayaan 5G akan dapat menikmati manfaat kesalinghubungan 5G apabila menggunakan peranti bersesuaian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Wong Heang Tuck berkata U Mobile menyokong visi kerajaan bagi rangkaian borong tunggal untuk pelaksanaan 5G dengan semua pengendali akan mempunyai akses terhadap rangkaian yang sama tanpa pembezaan dari segi kelajuan dan kualiti.

"Kami percaya DNB akan memenuhi mandat untuk menyediakan liputan dan kapasiti 5G yang berkualiti dengan adil dan tanpa diskriminasi.

"Kami berharap dapat menyediakan perkhidmatan 5G daripada rangkaian tunggal DNB, meletakkan kami pada kedudukan sama seperti yang lain dalam industri bagi 5G," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2022 @ 3:45 PM