Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Sr Mohd Salem Kailany (dua dari kanan) pada pelancaran Kempen Hartanah UDARia 2022. - FOTO NSTP
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Sr Mohd Salem Kailany (dua dari kanan) pada pelancaran Kempen Hartanah UDARia 2022. - FOTO NSTP
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Peneraju pembangunan hartanah, pengurusan aset, fasiliti dan perhotelan, UDA Holdings Berhad (UDA) mengadakan Kempen Hartanah UDARia 2022 iaitu pameran hartanah komprehensif yang menampilkan 14 projek hartanah UDA.

Menampilkan tema 'Sempurna untuk Semua Generasi', Kempen Hartanah UDARia 2022 mengetengahkan pelbagai unit kediaman serta komersial yang memenuhi keperluan semua lapisan di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Kuantan dan Kuala Terengganu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Sr Mohd Salem Kailany berkata, kempen berlangsung dari Ogos hingga Oktober 2022 di seluruh Malaysia itu menawarkan pelbagai hadiah menarik berjumlah RM1 juta untuk pembeli hartanah UDA sepanjang tempoh kempen.

"Kempen hartanah ini adalah antara usaha UDA membantu menggalakkan pemilikan kediaman seterusnya memperkasa gaya hidup menerusi tawaran hartanah dengan harga menarik

serta bernilai tinggi.

"Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang dan mereka menjalani gaya hidup berbeza antara satu sama lain.

"Setiap individu mempunyai kisah dan matlamat hidup yang tersendiri namun satu perkara yang menyatukan semua ialah setiap individu memerlukan kediaman," katanya.

Perasmian kempen itu dilakukan Pengerusi UDA Datuk Norliza Abdul Rahim secara maya hari ini.

Mohd Salem berkata, menerusi kempen itu, UDA berhasrat membantu lebih ramai memiliki kediaman yang diidamkan dan bersesuaian dengan gaya hidup masing-masing.

"Menariknya, Kempen Hartanah UDARia 2022 memperkenalkan komik karikatur yang menggambarkan enam karakter 'Generasi UDA'; Juara, Cekap Teknologi, Pasangan Bercinta, Bercita-cita Tinggi, Ayah Perwira dan Warga Emas yang diinspirasi daripada profil pelanggan bagi memberi inspirasi kepada bakal pembeli serta memadankan projek hartanah bersesuaian dengan karakter itu.

"Generasi UDA yang diterjemahkan menerusi komik karikatur ini diinspirasi daripada komik tempatan terkemuka bertujuan mendekati generasi muda.

"Elemen kreatif in juga bertujuan memberi idea serta memudahkan pelanggan mengenalpasti produk hartanah yang terbaik untuk mereka.

"Penganjuran kempen ini juga bertepatan dengan tunggak utama perniagaan UDA; 'Life' iaitu Legasi, Integrasi, Ketelitian dan Memperkasa di mana UDA sentiasa komited membantu orang ramai mendapatkan kediaman yang terbaik," katanya.

UDA menyasarkan penyertaan 15,000 pengunjung di pameran Kempen Hartanah UDARia yang bakal diadakan sempena program UshaNiaga Keluarga Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2022 @ 5:04 PM