Shah Alam: Tinggal 3,000 naskhah buku Bangkit Bisnes Dari Krisis: Solusi Bisnes & Pemasaran Digital yang diberikan secara percuma pada awal bulan lalu.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) Radz Mohd berkata, buku itu dihadiahkan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bagi menyokong perkembangan usahawan yang berdepan pelbagai cabaran dan krisis dalam tempoh ini.

"Alhamdulillah ribuan orang bukan saja dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak malah negara jiran, Singapura, Brunei dan Indonesia.

"Mereka hanya perlu menanggung kos penghantaran untuk mendapatkan hadiah daripada mentor yang sudah lahirkan ramai usahawan jutawan di negara," katanya.

Terdahulu, buku itu telah dilancarkan ketika Titanium Gala Awards yang mengiktiraf usahawan jutawan bimbingan RichWorks yang berjaya mencatatkan jualan luar biasa meskipun ketika pandemik tahun lalu.

Tambah Radz, orang ramai khususnya usahawan masih boleh dapatkan hadiah itu sementara stok masih ada.

"Bagi mereka nak ketahui solusi bisnes dan pemasaran digital yang penting malah berkesan, boleh dapatkan buku ini dengan layari http://richworks.com/bukubangkit/metro sekarang," ujarnya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2022 @ 2:04 PM