Radz Mohd. FOTO arkib NSTP
Radz Mohd. FOTO arkib NSTP

Shah Alam: RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) akan menganjurkan Siri Klinik Usahawan Berani Bina Bisnes Berjaya - Branding & Marketing Power 2022 bagi membantu usahawan melonjakkan bisnes pada awal tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, program selama tiga hari itu terbuka kepada semua usahawan pada 4 hingga 6 Mac nanti.

Katanya, soal pemasaran dan penjenamaan antara perkara penting ditekankan dan kepakaran Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

"Peserta dapat lebih memahami impak pemasaran dan penjenamaan untuk meningkatkan lagi bisnes mereka.

"Jadikan produk atau servis anda pilihan pertama pelanggan, kuasai kawasan anda di samping jadikan jenama yang orang ingat," katanya.

Kata Radz, usahawan termasuk penjaja, pengilang, pengasas bisnes mahupun ejen dan dropship yang serius malah komited dalam bisnes perlu hadir ke program ini.

"Ianya 100 peratus percuma yang ditaja sepenuhnya RichWorks untuk sokong dan bantu orang ramai untuk bangkit semula.

"Kami faham kesusahan dialami ramai orang ekoran pandemik ditambah musibah banjir baru-baru ini," katanya.

Radz memberitahu, RichWorks bersama pengasas, Azizan mahu membantu lebih ramai bangsa usahawan yang ingin bisnes mereka menjana hasil lebih baik dan kembangkan ke tahap lebih tinggi hingga mampu capai jualan jutaan ringgit.

Untuk keterangan lanjut, layari http://binabisnesberjaya.com sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 January 2022 @ 11:56 AM