SITI Shafurah  dan suami,  Sheikh Ahmad Haiqal pada Majlis Pelancaran Kempen Ibu Aspirasi Tateh di  Shah Alam. - Gambar NSTP/AZIAH AZMEE
SITI Shafurah dan suami, Sheikh Ahmad Haiqal pada Majlis Pelancaran Kempen Ibu Aspirasi Tateh di Shah Alam. - Gambar NSTP/AZIAH AZMEE
Oleh Hajar Umira Md Zaki


BUTIK penjagaan dan kelengkapan ibu dan bayi, Tateh mengukuhkan kedudukan di pasaran dengan pembukaaan tiga hingga lima cawangan baharu pada tahun ini, menjadikan 15 cawangan di seluruh negara.

Pengarah Urusannya, Sheikh Ahmad Haiqal Sheikh Abdul Murad berkata, pihaknya dalam proses membuka tiga cawangan di Batu Kawan, Pulau Pinang, Cyberjaya dan Subang, Selangor.

"Kami memperuntukkan RM1 juta untuk pembukaan tiga cawangan berkenaan dan insya-Allah ia dapat membantu meningkatkan jumlah jualan tahun ini.

"Sekiranya kami berjaya dengan penambahan dua lagi cawangan, kami menyasarkan peningkatan sehingga 20 peratus penjualan tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

"Pada 2022 ini, kami amat positif dengan peningkatan jualan, terutama dengan pelancaran aplikasi Tateh pada bulan ini," katanya pada majlis pelancaran Kempen Ibu Aspirasi Tateh.

Dalam membina jenama butik Tateh dalam pasaran, pihaknya mengutamakan nilai unik dalam perniagaan iaitu menawarkan khidmat terbaik untuk pelanggan.

Jelasnya, perkhidmatan terbaik dapat menarik pelanggan yang lebih memilih kualiti layanan bagus.

Sementara itu, Pengasas Tateh, Siti Shafurah Abas berkata, Kempen Ibu Aspirasi Tateh dilancarkan bagi menghargai penorbanan ibu dan menjadi medan perkongsian memberikan semangat kepada ibu lain dalam masyarakat.

"Mungkin apabila ibu ini melihat kesungguhan daripada perkongsian video menerusi Ibu Aspirasi Tateh, mereka bangkit demi keluarga.

"Bagi penyertaan kempen Ibu Aspirasi Tateh ini tiada terma dan syarat dikenakan dan peserta boleh menghantar penyertaan di laman sosial Ibu Aspirasi Tateh," katanya.

Usahawan PKS dijemput menyertai komuniti sokongan perniagaan dan mendaftar sebagai AhliUSB di www.omniausb.com.my atau hubungi 013-7172858.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2022 @ 7:00 AM