NORLIZA (kiri) dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Sr Mohd Salem Kailany (dua dari kiri) melihat model Wakaf Seetee Aisah 2.
NORLIZA (kiri) dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Sr Mohd Salem Kailany (dua dari kiri) melihat model Wakaf Seetee Aisah 2.
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Uda Holdings Berhad (UDA) komited untuk terus memacu pembangunan hartanah wakaf di Pulau Pinang menerusi pelancaran projek terbaharu iaitu Wakaf Seetee Aisah 2.

Projek yang terletak di Bandar Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang itu pembangunan bercampur yang dibangunkan di atas tanah berkeluasan 7.23 ekar (2.925 hektar) dan bakal menyediakan 611 unit kediaman serta komersial.

Wakaf Seetee Aisah 2 adalah hasil kerjasama strategik UDA bersama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), selaku pemegang amanah tanah terbabit.

Pengerusi UDA, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, UDA selaku peneraju pembangunan hartanah wakaf akan terus mempergiat sektor terbabit selari dengan fokus utama UDA iaitu menggalakkan pemilikan hartanah khususnya di bandar.

"Usaha ini juga dapat meningkatkan nilai tanah wakaf serta menjana hasil positif seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi umat Islam di Malaysia.

"Wakaf Seetee Aisah 2 terbahagi kepada tiga fasa merangkumi 150 unit pangsapuri kos rendah - kediaman asnaf (Fasa 1), 422 unit kondominium (Fasa 2) dan 32 unit lot kedai empat tingkat, serta satu blok bangunan pejabat tujuh tingkat, surau dan dewan konvensyen (Fasa 3).

"Projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM187 juta itu bakal dilancarkan Jun tahun ini (Fasa 1 dan 2) dan awal tahun hadapan (Fasa 3)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2022 @ 8:05 AM