RADZ Mohd. FOTO arkib NSTP
RADZ Mohd. FOTO arkib NSTP

Shah Alam: Tinggal lima hari lagi peluang peniaga perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dapat bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bagi belajar aspek penting dalam bisnes pada tahun mencabar ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd berkata, peluang berkenaan tidak boleh dipersiakan oleh usahawan yang serius nak saksikan peningkatan bisnes mereka.

"Alhamdulillah, sekitar 20,000 orang sudah mendaftar dan kami mahu seru kepada usahawan lain di luar sana untuk jangan ketinggalan lagi.

"Topik penjenamaan dan pemasaran yang penting akan dikongsikan Azizan mengikut situasi waktu ini supaya usahawan dapat bersedia dan terus lakukan tindakan," katanya ketika dihubungi.

Radz berkata, topik berkenaan sememangnya kepakaran Azizan yang melatih ribuan bisnes dari pelbagai tahap di dalam dan luar negara.

"Jika usahawan itu tak ada strategi dan hala tuju yang betul ketika ini, usaha yang dilakukan boleh jadi sia-sia.

"Sebab itu, RichWorks nak jemput bangsa usahawan seramai boleh untuk bersama kami secara 'live' di platform online pada 4 hingga 6 Mac ini," katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi pasukan RichWorks di talian 019-2442244.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Februari 2022 @ 6:38 PM