ELMIE (dua dari kanan) pada pelancaran pelan Takaful Keluarga, A-Life Legasi.
ELMIE (dua dari kanan) pada pelancaran pelan Takaful Keluarga, A-Life Legasi.

AIA Public Takaful Bhd (AIA Public Takaful) melancarkan pelan Takaful Keluarga, A-Life Legasi bagi membantu pelanggan memastikan masa depan orang yang tersayang dilindungi melalui pengurusan legasi yang baik.

Bukan sahaja pelanggan dapat melindungi dan meningkatkan kekayaan mereka dengan A-Life Legasi, pelan ini juga memberi peluang kepada mereka untuk menyumbang kepada komuniti dengan berkongsi legasi yang dibina dengan badan amal menerusi rider A-Plus Infaq, rider yang pertama seumpamanya di pasaran.

Pelan patuh syariah ini memberi perlindungan terhadap kematian akibat kemalangan atau kematian ketika mengerjakan haji atau umrah termasuk hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).

Ia juga bertindak sebagai satu kaedah pengurusan harta buat pelanggan di mana ia menawarkan nilai perlindungan yang tinggi dengan jumlah perlindungan minimum RM350,000.

Orang tersayang akan menerima sehingga 600 peratus daripada jumlah perlindungan dalam bentuk hibah.

Di samping itu, pelanggan A-Life Legasi juga boleh mendapatkan perlindungan sehingga RM4 juta tanpa perlu menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif, AIA Public Takaful, Elmie Aman Najas berkata, A-Life Legasi diperkenalkan berdasarkan pemahaman pasaran khususnya dalam kalangan keluarga Islam.

“Walaupun perlindungan kekayaan adalah penting untuk memastikan kehidupan yang selesa, mereka juga percaya bahawa ia bukan sekadar meninggalkan simpanan yang mencukupi buat keluarga apabila mereka meninggal dunia kelak.

“Ia turut membabitkan sumbangan, amal jariah serta kebajikan yang boleh diamalkan secara berterusan walaupun selepas meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, satu lagi ciri unik A-Life Legasi adalah Akaun Legasi yang membantu pelanggan meningkatkan simpanan dengan memberikan ganjaran berterusan apabila mereka mengamalkan tabiat pengurusan kewangan yang baik dan apabila mencapai sesuatu peringkat penting di sepanjang kehidupan mereka.

“Jika pelanggan membuat caruman dalam tempoh yang ditetapkan, sejumlah amaun akan dikreditkan ke dalam Akaun Legasi mereka setiap dua tahun pada tahun ke-20 dan pada tempoh matang sijil.

“Di samping itu, sekiranya pelanggan berkahwin, menimang cahaya mata, bersara atau mencapai peringkat kehidupan lain, sehingga 50 peratus daripada jumlah Akaun Legasi yang terkumpul akan dibayar kepada mereka,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2020 @ 7:20 AM