Kuala Lumpur: AIA Bhd memperkenalkan pelan kanser, A-Life Cancer360 bagi membolehkan rakyat Malaysia membuat persediaan menghadapi beban kewangan ketika menghidap penyakit itu.

Menerusi pelan itu, pemegang polisi A-Life Cancer360 yang didiagnosis dengan kanser peringkat awal akan menerima bayaran pendahuluan 30 peratus daripada jumlah perlindungan atau jumlah diinsuranskan.

Ketua Pegawai Pemasaran AIA, Thomas Wong berkata, dalam bulan keenam dan bulan ke-12 didiagnosis, 10 peratus daripada jumlah perlindungan akan diberikan sebagai anugerah pemulihan.

“A-Life Cancer360 mempunyai pelan berharga membetulkan semula kuasa di mana ia secara automatik akan membetulkan semula jumlah perlindungan kepada 100 peratus jika kanser yang dikesan awal, tidak merebak dalam tahun pertama diagnosis,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pelan baru itu membantu mengurangkan beban kewangan keluarga yang terjejas disebabkan penyakit itu, agar mereka boleh menumpukan tenaga mereka ke atas rawatan dan pemulihan.

“Apabila seseorang itu didiagnosis mempunyai kanser, ia bukanlah sesuatu yang sudah tidak mempunyai harapan lagi. Kemajuan dalam rawatan serta pengesanan awal kanser membolehkan seseorang itu terus hidup dan menjalani hidup tanpa kanser.

“Fleksibiliti A-Life Cancer360 membolehkan pemegang polisi menggunakan wang itu untuk rawatan yang memenuhi keperluan mereka di samping perbelanjaan lain yang mungkin timbul semasa menghidap penyakit itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2015 @ 5:45 AM