AHLI Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) sedang bersiap sedia untuk meningkatkan pengeluaran sarung tangan bagi menampung keperluan sekiranya penularan wabak koronavirus menjadi pandemik.

Presidennya, Denis Low berkata, dengan penularan wabak koronavirus di Wuhan, China, yang kini telah merebak ke lebih sembilan negara, permintaan terhadap sarung tangan perubatan dijangka meningkat mendadak.

Katanya, ketika penularan wabak H1N1 pada 2009, penggunaan sarung tangan perubatan meningkat sebanyak 17 peratus.

“Mengambil pengajaran daripada virus H1N1 dan tanggapan bahawa koronavirus akan menjadi lebih teruk, industri sarung tangan getah sudah pastinya akan meningkatkan pengeluaran mereka bagi menampung permintaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, menurutnya bagi situasi pasaran dan trend 2020, pihaknya menjangkakan peningkatan kos berkaitan upah pekerja, bil utiliti, pembungkusan dan kos tambahan lain.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 7:10 AM