KAKITANGAN perubatan memerlukan ubat dan peralatan perlindungan.  FOTO Sairien Nafis
KAKITANGAN perubatan memerlukan ubat dan peralatan perlindungan. FOTO Sairien Nafis
HM Bisnes

PERSATUAN Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma) memaklumkan China kini meminta penghantaran segera bagi sarung tangan perubatan.

Presidennya, Denis Low berkata, pihaknya yakin ahli persatuan dapat memenuhi permintaan berkenaan dengan meningkatkan keupayaan pengeluaran masing-masing.

“Saya percaya ahli Margma akan lakukan yang terbaik dalam memastikan keperluan berkenaan dapat dipenuhi,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, selain China, beberapa negara lain turut memerlukan peralatan ini khususnya dalam kalangan kakitangan perubatan berikutan kebimbangan wabak ini akan terus merebak.

“Kakitangan perubatan memerlukan ubat dan peralatan perlindungan seperti sarung tangan bagi memastikan ia ada dalam simpanan mereka untuk digunakan apabila perlu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan memberikan keutamaan kepada negara yang terjejas dengan wabak ini.

“Sebagai pemain industri bertanggungjawab, kami akan pastikan sarung tangan ini dihantar ke negara dan lokasi yang lebih memerlukan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 7:20 AM