PEGAWAI Eksekutif, Datuk Azmir Merican. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria
PEGAWAI Eksekutif, Datuk Azmir Merican. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria
Bisnes HM


LEMBAGA Pengarah UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azmir Merican berkuat kuasa pada 21 April 2020.

UEM Edgenta dalam kenyataan hari ini berkata, Azmir menyertai UEM Edgenta pada 4 Disember 2012 sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan mendukung peranan sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 Ogos 2014.

“Barisan Lembaga Pengarah ingin merakamkan penghargaan kepada beliau atas sumbangan khidmatnya dan mengucapkan selamat maju jaya dalam usahanya di masa hadapan,” katanya.

Menurutnya, syarikat juga telah memulakan proses yang sewajarnya bagi mengenal pasti pengganti yang sesuai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 January 2020 @ 7:29 PM