PERKHIDMATAN GrabFood Malaysia. FOTO Asyraf Hamzah
PERKHIDMATAN GrabFood Malaysia. FOTO Asyraf Hamzah

GRABFOOD sedang mengintai peluang bagi mengembangkan perkhidmatan seperti GrabExpress dan GrabMart kepada lebih banyak bandar.

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata, ia secara tidak langsung akan meningkatkan peluang perniagaan dan pendapatan di kalangan penduduk.

GrabFood baru-baru ini telah menyimpulkan pusingan kedua dalam langkah pengembangannya di Malaysia dengan memberi perkhidmatan kepada jutaan penggemar makanan merangkumi tambahan 19 bandar baharu di samping mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan untuk rakan kongsi penghantaran serta restoran yang terbabit.

Sebelum ini, perkhidmatan ini hanya terdapat di kawasan terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Pengembangan kali ini menyaksikan GrabFood menjangkau selera penggemar makanan di Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang, Ipoh, Taiping, Seremban, Nilai, Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Miri, Bintulu, Batu Pahat, Muar, Alor Setar, Sungai Petani, Seberang Perai dan Langkawi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Disember 2019 @ 9:30 AM