SHOPBACK boleh diakses melalui pelbagai platform.
SHOPBACK boleh diakses melalui pelbagai platform.
HM Digital

FESTIVAL jualan 12.12 meraih populariti sama sebagaimana Festival Membeli-Belah Global 11.11 dengan keseluruhan jumlah trafik, pelanggan dan pesanan yang dibuat hampir sama pada kedua-dua hari itu.

Menurut data ShopBack Malaysia, jualan 12.12 tahun ini mengatasi trafik keseluruhan hari jualan 12.12 tahun lalu pada jam kedua jualan.

Di peringkat serantau, Indonesia dan Malaysia menerajui dari segi jumlah perbelanjaan dan kuantiti pembelian dengan lebih 7,000 pengguna secara puratanya membuat sekurang-kurangnya satu pesanan menerusi ShopBack Malaysia setiap jam.

“Di Malaysia, tiga gedung dalam talian utama pada kempen 12.12 adalah yang sama seperti kempen 11.11. Sekali lagi, Lazada dan Shopee muncul sebagai gedung dalam talian utama.

“Perjalanan kekal sebagai kategori dengan perbelanjaan pengguna tertinggi (nilai) bagi setiap pesanan. Keseluruhannya, pengguna ShopBack membuat tempahan hotel bernilai lebih RM2.5 juta dalam masa 24 jam pada 12.12,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Pengurus Besar Negara ShopBack Malaysia, Eddy Han berkata, pihaknya menjangka memberikan rebat tunai bernilai RM500,000 kepada penggunanya bagi jualan 12.12 tahun ini, berganda daripada jumlah yang dicatatkan pada festival jualan sehari pada tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 6:37 AM