Afiq Hanif

SHOPBACK, platform pulangan tunai atas talian yang memiliki rakan kongsi lebih 500 kedai ’online’ di Malaysia mendapati trafik Internet meningkat lima kali ganda ketika jualan khas 11.11 semalam berbanding aliran trafik hari biasa.

Laman e-dagang, fesyen, produk kecantikan dan pelancongan menjadi tumpuan rakyat negara ini menurut Shopback.

Secara keseluruhannya, lima vendor mencatatkan prestasi memberangsangkan iaitu Lazada, Taobao, 11street, Shopee dan Zalora.

Pengurus Besar Negara ShopBack Malaysia, Alvin Gill berkata, masa paling aktif pembelian ialah pada jam pertama iaitu 12 tengah malam hingga 1 pagi:

“Sejumlah 79 peratus trafik datang daripada penggunaan aplikasi iaitu peningkatan berbanding 58 peratus pada tahun lalu,” katanya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 November 2018 @ 4:08 PM