DOMENIC (tiga dari kiri) bersama Pengerusi Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia, Wee Hong (tiga dari kanan)  pada Majlis Menandatangan MoU di antara Hong Leong Bank dan Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia.
DOMENIC (tiga dari kiri) bersama Pengerusi Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia, Wee Hong (tiga dari kanan) pada Majlis Menandatangan MoU di antara Hong Leong Bank dan Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia.
Sofyan Rizal Ishak


KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Bhd (HLB) memperkenalkan program kewangan khusus iaitu Program Pengedar Motosikal (MDP) yang membabitkan pembiayaan modal kerja bersih sehingga RM5 juta bagi setiap pemohon.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HLB, Domenic Fuda berkata, jumlah pembiayaan itu adalah bukti komitmen pihaknya dalam memberikan produk dan perkhidmatan yang diwujudkan khusus bagi memenuhi keperluan pengedar motosikal dan skuter.

“Portfolio ini mengalami pertumbuhan tiga kali ganda dalam tempoh 18 bulan lalu, terima kasih kepada perbincangan kami dengan Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) dan ahlinya di mana kami mendengar keperluan mereka dan membawa penyelesaian kewangan ini yang memenuhi keperluan untuk pertumbuhan perniagaan mereka.

“Kami berharap produk dan perkhidmatan bank yang dinamik ini membolehkan lebih ramai pengedar dan peruncit untuk menikmati manfaat daripada penyelesaian kewangan ini,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara HLB dan MMSDA di sini.

Perjanjian kerjasama itu menyaksikan HLB bakal menyediakan penyelesaian perbankan yang komprehensif bagi meningkatkan lagi industri motosikal dan skuter serta pertumbuhan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di negara ini.

Melalui kerjasama itu juga, MMSDA dan 16 Persatuan Negeri di bawah MMSDA serta lebih 6,000 ahlinya akan mendapat manfaat daripada penyelesaian dan produk kewangan holistik yang direka khusus untuk memenuhi keperluan perbankan individu dan perniagaan masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 7:30 AM