PHILIP (tengah) pada sambutan ulang tahun ke-12 Firefly.
PHILIP (tengah) pada sambutan ulang tahun ke-12 Firefly.
hmdigital

SUBANG JAYA: Firefly Airlines (Firefly) memperkenalkan tempat duduk baharu yang direka khas dengan corak lebih eksklusif bagi menjamin keselesaan penumpang sepanjang menggunakan penerbangannya.

Syarikat penerbangan jarak dekat Malaysia itu berkata, langkah terbabit membolehkan penumpangnya menikmati perjalanan terbaik dan selesa serta pengalaman yang cukup bernilai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Philip See berkata, pengenalan tempat duduk itu sebahagian daripada fokus syarikat terhadap konsep atau hala tuju mereka iaitu See It, Hear It, Sense It, Feel It, Touch It, Taste It yang menggabungkan semua elemen termasuk hiburan, persekitaran, keselesaan, makanan dan nilai kesenian.

“Sememangnya kami mampu menjanjikan satu pengalaman perjalanan baharu dan penuh keturajaan kepada setiap pelanggan kami,” katanya pada sambutan ulang tahun ke-12 Firefly di sini.

Bersempena majlis itu, Firefly turut mengumumkan dua kejayaan terbesar syarikat setakat tahun ini iaitu penerbangan semula Firefly ke Lapangan Terbang Seletar dan penawaran tempat duduk baharu yang direka khas untuk keselesaan penumpang di sepanjang penerbangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2019 @ 7:56 AM