PENGASAS bersama Geckgcov, Sufian Ramli (tengah), Amir Kay (kiri) dan Dr Sazali Ahmad. FOTO Rohanis Shukri
PENGASAS bersama Geckgcov, Sufian Ramli (tengah), Amir Kay (kiri) dan Dr Sazali Ahmad. FOTO Rohanis Shukri
Sri Ayu Kartika Amri


KUALA LUMPUR: Gecks & Cov (Malaysia) Sdn Bhd terus mengukuhkan pasarannya menerusi perancangan menembusi pasaran Singapura dan Jakarta suku pertama tahun ini.

Pengasas Bersamanya, Amir Kay berkata, melalui produk wangian di bawah jenama Gecks&Cov, pihaknya yakin untuk meneroka lebih banyak peluang di pasaran luar negara.

Katanya, Gecks&Cov dihasilkan melalui kajian dan pembangunan (R&D) selama enam tahun dan wangian itu juga dicipta dengan formulasi tersendiri.

“Bauan Gecks&Cov yang dihasilkan adalah handcrafted bukan diinspirasi daripada wangian jenama lain.

“Malah, wangian Gecks&Cov menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai terutama apabila kami mengikuti Permbangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ke pameran antarabangsa.

“Kami juga merancang menembusi pasaran timur tengah selain memfokus meluaskan pasaran di seluruh Malaysia,” katanya.

Menurutnya, syarikat membuka peluang menjana pendapatan dengan menjadi sebahagian pasukan jualan Gecks&Cov dengan modal serendah RM100.

Amir berkata, Gecks&Cov adalah wangian yang berkualiti tinggi dalam kategori parfum serta setanding dengan keluaran Eropah.

“Kami menyasarkan 500 ejen jualan dan vendor tahun ini serta jualan 5,000 unit botol sebulan.

“Harga Gecks&Cov bermula RM30 bagi 12ml dan RM88 bagi 50ml. Untuk maklumat lanjut boleh melayari Facebook (Gecks & Cov) atau Instagram (gecksncov),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Februari 2019 @ 10:55 AM