Lim (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif  Bottling Investment Group Singapore-Malaysia-Brunei, The Coca-Cola Company, Gareth McGeown.
Lim (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bottling Investment Group Singapore-Malaysia-Brunei, The Coca-Cola Company, Gareth McGeown.
Sofyan Rizal Ishak

Petaling Jaya: MCAT Box Office Sdn Bhd (MBO Cinemas), rangkaian pawagam ketiga terbesar di Malaysia meninjau peluang meluaskan pasarannya ke Terengganu dan Pulau Pinang dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lim Eng Hee berkata, syarikat itu kini dalam proses rundingan dengan pemaju pusat beli-belah di negeri terbabit untuk bekerjasama dalam membuka cawangan baru MBO Cinemas.

Menurutnya, kos purata bagi pembukaan setiap pawagam baru antara RM15 juta hingga RM17 juta bergantung kepada saiz dan lokasi pawagam.

“Apa yang boleh saya katakan adalah projek di Terengganu dan Pulau Pinang ini bermula pada 2019,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara MBO Cinemas dan Coca-Cola di sini, semalam.

Sehingga kini, MBO Cinemas rangkaian pawagam ketiga terbesar di Malaysia dengan 27 pawagam dan 213 skrin panggung di 10 negeri seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Mac 2018 @ 2:54 AM