NG  menunjukkan  kawasan kondominium mewah Setia V Residences di Persiaran Gurney.
NG menunjukkan kawasan kondominium mewah Setia V Residences di Persiaran Gurney.
Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Pemaju hartanah terkenal SP Setia Berhad (SP Setia) yakin pembinaan kondominium mewah Setia V Residences di Lorong Burmah, Pulau Tikus mampu menarik perhatian pembeli khususnya pembeli tempatan dalam usaha memiliki rumah kediaman mewah.

Pengurus Besarnya Ng Han Seong berkata, projek Setia V Residences dibina pada penghujung 2012 dan siap sepenuhnya akhir November tahun lalu dan sambutan diterima amat memberangsangkan.

Beliau berkata, Setia V Residences mempunyai dua menara iaitu Tower A dan Tower B masing-masing memiliki sembilan jenis ruang kediaman dengan keluasan antara 1,376 kaki persegi hingga 4,118 kaki persegi pada harga ditawarkan bermula RM1.8 juta ke RM4.5 juta.

Katanya, secara keseluruhan Setia V Residences yang bertaraf enam bintang itu memiliki 178 unit dan 70 peratus daripadanya sudah terjual, manakala baki 30 peratus dijangka akan terjual sepenuhnya tahun ini.

“Kami optimis mampu menjual semua unit kediaman berikutan projek Setia V Residences sudah mula diduduki serta mempunyai pelbagai kemudahan termasuk dikelilingi pelbagai bangunan warisan di lokasi strategik berhampiran laut dan pusat bandar di sekitar Persiaran Gurney.

“Selain itu, terdapat kemudahan lain seperti pusat beli-belah, hospital, pusat makanan dan minuman serta pelbagai lagi fasiliti.

“Setia V Residences turut memiliki tarikan tersendiri dan pembeli boleh memilih unit dengan pemandangan laut atau pusat bandar,” katanya.

Han Seong berkata, pelbagai kemudahan disediakan termasuk dek pemandangan, tiga kolam renang, jakuzi dan sauna, dewan serbaguna, gimnasium, studio tarian, bilik permainan video, kolam hidro terapi, taman permainan kanak-kanak serta gelanggang skuasy dan badminton.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2018 @ 12:28 AM