DARI kiri, Chuljin, Faiz dan Ng Hock menunjukkan produk NIVEA MAN pada  majlis kerjasama antara Nivea Men dan 11street, semalam.
DARI kiri, Chuljin, Faiz dan Ng Hock menunjukkan produk NIVEA MAN pada majlis kerjasama antara Nivea Men dan 11street, semalam.
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: 11street, peneraju e-dagang terbesar di Malaysia komited untuk meningkatkan sebanyak 65,000 unit penyimpanan stoknya (SKU) bagi segmen produk lelaki berbanding 30,000 SKU pada masa ini.

Ketua Pegawai Operasi 11street Chuljin Yoon berkata, pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Nivea Men bagi mempromosikan Nivea Men Cool Powder Deodorant dalam platform 11street.

Katanya, usaha itu juga sebagai menambah bilangan SKU dalam segmen kesihatan dan kecantikan, seterusnya meningkatkan jumlah pembeli daripada golongan lelaki.

“Kami dapati pembeli daripada golongan lelaki akan meningkat dua kali ganda untuk membeli barangan secara dalam talian tahun ini. Oleh itu, kami akan menjalin lebih banyak kerjasama dengan jenama antarabangsa lain yang turut mempunyai rangkaian produk untuk lelaki.

“Setakat ini, konsumer lelaki yang membuat transaksi jualan di 11street lebih kurang 45 peratus dan kebanyakan membeli peralatan elektronik,” katanya kepada media di majlis kerjasama antara Nivea Men dan 11street, semalam.

Hadir sama, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan dan Duta Nivea Men Cool Powder Deodorant yang juga pemain bola sepak, Faiz Subri.

Yoon berkata, pihaknya bersama Nivea Men akan mengadakan promosi seluruh negara sehingga 15 September ini bagi memperkenalkan Nivea Men Cool Powder Deodorant.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya yakin pasaran e-dagang di Malaysia akan terus berkembang dalam jangka panjang.

“Buat masa ini, penembusan pasaran e-dagang di Malaysia kira-kira tiga peratus dan jumlah itu lebih kecil dibandingkan negara lain seperti China, Korea dan United Kingdom yang melebihi 15 hingga 20 peratus.

“Namun, kami percaya ia dapat ditingkatkan secara berperingkat iaitu lima, 10 dan sehingga 20 peratus dalam tempoh lima tahun lagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 8:43 AM