Oleh Afiq Hanif


11street, salah satu laman e-dagang di Malaysia mendapati trend terkini beli-belah ‘online’ menampakkan peningkatan besar 81 peratus dalam carian tempat duduk khas bayi untuk kereta terutama menjelang musim perayaan.

Ia sekali gus menunjukkan tanda positif kesedaran yang meningkat bagi keselamatan penumpang kanak-kanak di seluruh negara ketika pengguna bersiap sedia memulakan perjalanan kereta yang jauh ke kampung untuk cuti Hari Raya.

Trend masa kini antara ibu bapa yang melayari 11street itu selaras dengan tekanan yang dinyatakan oleh Persatuan Pengguna Malaysia untuk menguatkuasakan tempat duduk khas kanak-kanak atau bayi di dalam kereta.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim menyatakan walaupun tempat duduk khas kanak-kanak untuk kereta belum dikuatkuasakan pihak kerajaan, peningkatan carian tempat duduk khas menandakan ibu bapa semakin memahami keselamatan lalu lintas.

“Ia terutama untuk perjalanan yang jauh dan ini satu langkah yang positif,” katanya.

Menurut statistik yang didedahkan oleh Jabatan Lalu Lintas Bukit Aman, berbanding tahun 2013, 2014 memaparkan peningkatan 5.5 peratus dalam kemalangan kereta.

saja 60,000 kes dan dalam kejadian kereta terlanggar, tempat duduk khas didapati boleh mengurangkan kematian kanak-kanak dengan ketara.

“Ibu bapa semakin mengambil berat terhadap keselamatan anak-anak kecil mereka.

“Oleh itu, carian ibu bapa untuk tempat duduk khas di pasaran online seperti 11street adalah tidak mengejutkan kerana 11street salah satu platform yang berfaedah tempat orang ramai boleh menyelidik maklumat untuk pelbagai jenis barangan,” katanya.

Kim menyatakan, selain daripada tempat duduk khas bayi untuk kereta, syarikatnya juga mula melihat peningkatan sekurang-kurangnya dua kali ganda dalam carian untuk fon telinga Bluetooth.

“Perkakasan bebas tangan harus menjadi keutamaan juga kerana ia membolehkan pemandu membuat panggilan dengan selamat dalam gangguan yang minimum,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:01 AM