VERSTAPPEN (kiri) dan Perez meraikan kejayaan mereka bersama pasukan. FOTO REUTERS
VERSTAPPEN (kiri) dan Perez meraikan kejayaan mereka bersama pasukan. FOTO REUTERS
AFP

Suzuka: Max Verstappen berkata Red Bull mesti memanfaatkan penguasaan awal musim mereka selepas dia muncul juara Grand Prix Jepun hari ini di hadapan rakan sepasukan, Sergio Perez.

Juara dunia tiga kali itu meraih kemenangan ketiganya dalam empat perlumbaan setakat tahun ini.

Verstappen gagal menamatkan perlumbaan di Australia dua minggu lalu kerana masalah brek namun bermula dari petak pertama di Suzuka dan dia menguasai perlumbaan dari awal sehingga akhir.

"Saya tahu akan ada litar yang mungkin tidak begitu baik untuk kami," kata Verstappen.

"Tetapi apabila beraksi di litar di mana kami boleh mencatat masa pantas, kami perlu memanfaatkannya dan memperoleh mata maksimum," katanya lagi.

Pemandu Ferrari, Carlos Sainz, yang menang di Melbourne, melengkapkan podium ketiga dalam suasana perlumbaan cerah di Suzuka.

Verstappen masih menguasai kejuaraan pemandu dengan 77 mata, manakala Perez 64 mata dan rakan sepasukan Sainz di Ferrari, Charles Leclerc 59 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 April 2024 @ 7:03 PM