VERSTAPPEN juarai perlumbaan pembukaan di GP Bahrain. -FOTO AFP
VERSTAPPEN juarai perlumbaan pembukaan di GP Bahrain. -FOTO AFP
Agensi

London: Max Verstappen meramalkan Lewis Hamilton akan menduduki tempat kedua dalam kejuaraan pemandu F1 2024, mengetepikan rakan sepasukan Sergio Perez daripada ramalan tiga pelumba teratas.

Verstappen mendominasi Grand Prix Bahrain pembuka musim dari kedudukan petak utama ketika Red Bull menamatkan aksi 1-2 pertama mereka sejak Grand Prix Itali 2023.

Walaupun Verstappen adalah pilihan utama merebut gelaran kejuaraan dan yang keempat dalam F1 - persaingan di belakangnya sukar untuk diramalkan.

Ferrari, kereta kedua terpantas di Bahrain dan berada dalam jarak yang dekat untuk menewaskan Perez, manakala Mercedes dan McLaren berdepan hujung minggu yang lebih sukar.

Verstappen diminta untuk meramalkan siapakah tiga pemandu terbaiknya.

Menariknya, dia mengetepikan rakan sepasukan Perez daripadanya.

"Saya, kemudian Lewis, dan kemudian Charles," katanya dalam pratonton Soal Jawab untuk musim ini dengan Viaplay.

Verstappen menamakan Lando Norris sebagai seorang pemandu yang akan memenangi perlumbaan pada 2024.

"Ya pasti saya harap saya dapat lakukan," tambahnya. "Tetapi kami tidak akan menulisnya. Saya rasa saya ada seorang lagi. Lando!"

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2024 @ 12:09 PM