VERSTAPPEN berada pada kelas tersendiri. FOTO Reuters
VERSTAPPEN berada pada kelas tersendiri. FOTO Reuters
Reuters

Sao Paulo: Juara dunia tiga kali berturut-turut Formula Satu (F1) dari Red Bull, Max Verstappen menewaskan cuaca serta pesaingnya untuk mendapatkan petak pertama Grand Prix (GP) Sao Paulo dalam sesi kelayakan yang terhenti akibat keadaan 'tidak masuk akal' di Interlagos pagi tadi.

Charles Leclerc dari Ferrari menyertai Verstappen di barisan hadapan dengan pelumbaAston Martins, Lance Stroll dan Fernando Alonso melengkapkan petak ketiga dan keempat.

Verstappen segera keluar dari pit ketika awan ribut mula membentuk, untuk mempamerkan pemanduan pantas sebelum angin kencang, hujan dan kilat menghalang aksi di litar.

"Kami tidak tahu bila ia akan melanda dalam kelayakan, kami fikir ia akan melanda. Ini sudah tentu cuaca yang 'gila'," kata pelumba berusia 26 tahun itu, yang memperoleh gelaran ketiganya di Qatar bulan lalu dan kini meraih 11 petak utama untuk musim ini.

Verstappen, yang akan mengejar rekod kemenangan ke-17 musim ini awal pagi esok dan ke-52 dalam kariernya, tidak membuang masa pada permulaan fasa terakhir kelayakan dan melepasi juara tahun lalu dari Mercedes, George Russell di pintu keluar laluan pit.

Leclerc, yang berada di petak pertama untuk dua perlumbaan sebelum ini, ketinggalan 0.294 saat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2023 @ 12:25 PM