Max Verstappen (NED) Red Bull Racing RB13 at Formula One World Championship, Rd14, Singapore Grand Prix, Qualifying, Marina Bay Street Circuit, Singapore, Saturday 16 September 2017.
Max Verstappen (NED) Red Bull Racing RB13 at Formula One World Championship, Rd14, Singapore Grand Prix, Qualifying, Marina Bay Street Circuit, Singapore, Saturday 16 September 2017.
Reuters

Singapura: Max Verstappen mungkin hanya meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-25 di Grand Prix (GP) Singapura hujung minggu ini dan ia mungkin lebih lagi daripada itu ketika pelumba kelahiran Belanda itu mengintai peluang meraih kejuaraan kedua Formula Satu (F1).

Pemandu Red Bull itu, yang akan menyambut ulang tahun kelahiran Jumaat ini, memiliki kelebihan 116 mata mengatasi pencabar terdekat dari Ferrari, Charles Leclerc.

Leclerc pula mempunyai kelebihan 125 mata mengatasi rakan sepasukan dari Mexico, Sergio Perez selepas kesemua mereka melalui 16 daripada 22 perlumbaan musim ini.

Bagaimanapun, Verstappen yang juga penyandang juara, tetap kekal tenang.

"Ia litar yang mencabar, cuaca di sini juga bakal memberi kesukaran buat badan kami. Memang susah untuk melakukan satu pusingan sempurna kerana selekoh tajam dan betapa dekatnya dengan dinding.

"Saya sebenarnya tidak memikirkan mengenai kejuaraan, saya hanya mahu mendapatkan keputusan positif hujung minggu ini dan fokus satu demi satu perlumbaan, tidak perlu terburu-buru," kata Verstappen.

Akan berbaki lima pusingan lagi selepas perlumbaan di Singapura dengan menawarkan maksimum 138 mata.

Verstappen perlu mengumpul sekurang-kurangnya 22 mata lebih daripada Leclerc dan 13 mata mengatasi Perez, ini bermakna dia perlu mencatatkan kemenangan dan Leclerc menamatkan saingan lapan ke bawah untuk penentuan kejuaraan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2022 @ 3:03 PM