MAX Verstappen. FOTO EPA
MAX Verstappen. FOTO EPA
AFP

Abu Dhabi: Max Verstappen mempunyai kelebihan untuk merangkul gelaran juara dunia Formula Satu (F1) apabila meraih petak pertama Grand Prix Abu Dhabi.

Verstappen ketika ini berkongsi mata dengan Lewis Hamilton yang meraih petak kedua pada sesi kelayakan hari ini sekali gus menyertai pemandu Red Bull itu di barisan paling depan.

Enam pemenang di Abu Dhabi sebelum ini bermula di petak pertama termasuk Verstappen yang meraih kemenangan selepas bermula di petak paling depan pada tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Disember 2021 @ 10:38 PM