Le Castellet: Max Verstappen meraih petak utama Grand Prix (GP) Perancis, manakala Lewis Hamilton dari Mercedes akan berada bersebelahan pelumba Red Bull itu di barisan depan.
Valtteri Bottas, yang juga seorang lagi pelumba Mercedes, akan berada di barisan kedua ditemani rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez.
Verstappen mendahului Hamilton dengan kelebihan empat mata bagi kedudukan keseluruhan musim ini sebelum kedua-dua berentak di perlumbaan ketujuh di Litar Paul Ricard esok.
Hamilton memenangi dua perlumbaan terakhir di Le Castellet selepas bermula dari petak utama pada 2019 dan 2019.
Bagaimanapun, Verstappen membuktikan kemampuannya di sesi kelayakan selain mendominasi dua latihan bebas terakhir.