HAMILTON buru kejuaraan hatrik di GP Perancis. FOTO AFP
HAMILTON buru kejuaraan hatrik di GP Perancis. FOTO AFP
AFP

Le Castellet: Lewis Hamilton dan pasukannya dari Mercedes berharap dapat menemukan aura positif dan kembali ke landasan kemenangan dalam Grand Prix (GP) Perancis hujung minggu ini berikutan dua kekalahan di litar jalan raya.

Juara dunia tujuh kali dan pasukannya yang juga penyandang juara kategori pengeluar, dikalahkan di kedua-dua perlumbaan di Monte Carlo serta Baku, selepas ia dikuasai oleh Red Bull melalui, Max Verstappen bersama Sergio Perez.

Verstappen yang hilang kejuaraan di Azerbaijan selepas tayar bocor ketika mendahului perlumbaan bangkit di Litar Paul Ricard berdekatan Marseille seterusnya mendahului dengan kelebihan empat mata bagi keduudkan keseluruhan pelumba.

Bagi Mercedes, ia adalah kejatuhan yang tidak pernah terjadi di era moden hibrid turbo namun Verstappen menjangkakan Mercedes akan kembali bangkit untuk membalas dendam hujung minggu ini tatkala Hamilton memburu kejuaraan hatrik di Perancis.

"Saya berada dalam keadaan baik tapi sudah pasti Mercedes akan kembali bersemangat di litar biasa sekali lagi, jadi kami harus terus berusaha dan mempertingkatkan prestasi sehingga ke akhir saingan kerana ia tidak pernah mencukupi.

"Setakat ini, semuanya berada dalam keadaan baik buat kami tapi kami perlu sedar bahawa masih banyak lagi perlumbaan perlu ditempuhi," katanya.

Hamilton memenangi perlumbaan selepas bermula dari petak utama pada 2018 dan 2019 namun selepas tiada perlumbaan dilangsungkan tahun lalu, dia sudah pasti mahu menyambung semula penguasaan Mercedes dengan kemenangan kali ketiga berturut-turut dan berharap rakan sepasukan, Valtteri Bottas mampu dapat meningkat kembali.

"Ia adalah minggu yang sangat sukar. Sekarang kami harus pastikan dapat bersaing untuk kejuaraan ini, kami tidak boleh lagi kehilangan mata seperti yang dilakukan sebelum ini. Ia tidak boleh diterima.

"Banyak perkara yang tidak berjalan lancar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam pertarungan kejuaraan yang sengit, kami perlu menyiapkan jentera dengan baik pada setiap perlumbaan," kata boss Mercedes, Toto Wolff.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 11:59 AM