OLIVEIRA (kiri), Quartararo (tengah) dan Joan Mir memegang bendera Switzerland sebagai tanda memperingati Dupasquier. FOTO AFP
OLIVEIRA (kiri), Quartararo (tengah) dan Joan Mir memegang bendera Switzerland sebagai tanda memperingati Dupasquier. FOTO AFP
AFP

Mugello: Fabio Quartararo mendominasi Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello ketika pusingan perlumbaan itu dikejutkan dengan kematian pelumba Moto3, Jason Dupasquier beberapa jam sebelum bermulanya saingan.

Pendahulu kedudukan pelumba dari Perancis yang beraksi bersama Yamaha itu mendedikasikan kemenangannya kepada Dupasquier, 19, yang meninggal dunia di hospital selepas mengalami kecederaan parah.

Dupasquier yang beraksi pada musim kedua di Moto3, dilanggar oleh pelumba lain sebelum terseret di atas litar ketika sesi kelayakan semalam.

Quartararo melintasi garisan penamat mengatasi juara bertahan, Joan Mir dari Suzuki di tempat kedua manakala pelumba Portugal, Miguel Oliveira melengkapkan podium ketiga.

Kematian Dupasquier adalah yang pertama sejak tragedi menimpa Luis Salom yang maut pada sesi latihan bebas Moto2 di GP Catalonia dekat Barcelona pada 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Mei 2021 @ 9:46 PM