KREW Mercedes meraikan kejayaan Hamilton ketika melintasi garisan penamat di GP Portugal. FOTO AFP
KREW Mercedes meraikan kejayaan Hamilton ketika melintasi garisan penamat di GP Portugal. FOTO AFP
AFP

Portimao: Lewis Hamilton memberikan pemanduan sempurna untuk Mercedes muncul juara di Grand Prix (GP) Portugal dan berjaya mengetepikan pencabarnya, Max Verstappen.

Juara dunia tujuh kali itu merekodkan kemenangan GP buat kali ke-97 seterusnya meneruskan penguasaan di tangga teratas kedudukan keseluruhan kategori pelumba.

Tempat ketiga diraih seorang lagi pelumba Mercedes, Valtteri Bottas yang bermula dari petak utama, manakala pelumba kedua Red Bull, Sergio Perez di kedudukan keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Mei 2021 @ 11:57 PM