ELINOR akan membawa anaknya Nico bersama ketika berlatih. -FOTO Instagram
ELINOR akan membawa anaknya Nico bersama ketika berlatih. -FOTO Instagram
Agensi

London: Berlatih untuk Olimpik sudah cukup sukar ditambah pula apabila terpaksa membawa kanak-kanak berusia dua tahun bersama namun perkara bukan alasan buat juara dunia tujuh kali, Elinor Barker untuk berputus asa.

Elinor bertekad untuk terus memberikan yang terbaik seterusnya menghadiahkan pingat emas buat Great Britain pada temasya Olimpik Paris.

"Dia adalah seorang kanak-kanak yang memahami," katanya. "Apabila dia naik kereta, dia tidak tahu sama ada kami akan ke Tesco atau Belgium."

Itulah tempat Barker berlatih minggu ini, tetapi perjalanan dengan anak lelakinya, Nico, tidak berakhir di situ.

"Enam bulan yang lalu, dia sudahpun pergi ke lima negara yang berbeza saya rasa," katanya. "Dia menghabiskan sebulan bersama kami di Australia semasa saya cuba untuk layak ke Paris (Olimpik).

Pelumba berusia 29 tahun dari Cardiff berpengalaman menyertai dua temasya Olimpik yang lalu.

Kali pertama ketika dia berusia 21 tahun di Rio 2016 dan menghadiahkan emas dalam acara kejar-mengejar berpasukan wanita.

Yang kedua, pada temasya Olimpik Tokyo dan ia adalah pengalaman yang sangat berbeza.

Sekali lagi dia beraksi dalam acara kejar mengejar dan membantu pasukannya hingga mara ke final namun gagal dalam penentuan pingat emas yang pada ketika itu dia sebenarnya dia sedang mengandung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2024 @ 12:24 PM