ALCARAZ tumbangkan juara bertahan untuk mara ke separuh akhir ATP Masters. -FOTO AFP
ALCARAZ tumbangkan juara bertahan untuk mara ke separuh akhir ATP Masters. -FOTO AFP
AFP

Indian Wells, Amerika Syarikat: Pemain remaja Sepanyol, Carlos Alcaraz menumbangkan juara bertahan Indian Wells, Cameron Norrie untuk mara ke separuh akhir ATP Masters yang pertamanya dan menempah pertemuan dengan idolanya Rafael Nadal.

Pemain berusia 18 tahun itu bangkit di kedua-dua set untuk menewaskan Norrie 6-4, 6-3 dan menjadi pemain remaja kedua yang berjaya mara ke separuh akhir Indian Wells ATP selepas Andre Agassi 1988 yang ketika itu berusia 17 tahun.

"Saya tidak mempunyai kata-kata untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini," kata Alcaraz.

Alcaraz ketinggalan dua kali pada set pembukaan namun menang tiga permainan terakhir dan menguasai tiga mata break.

"Memang sukar untuk menentang Rafa, tapi pada masa yang sama saya akan menikmati detik itu, saya akan menikmati perlawanan itu.

"Bukan setiap hari anda akan bermain menentang idola anda. Ini adalah satu peluang yang terbaik untuk saya," katanya.

"Saya akan gembira walaupun saya kalah dalam perlawanan itu tapi fokus saya sekarang adalah untuk bermain dengan mempamerkan aksi terbaik menentang Rafa yang mungkin akan memadamkan peluang yang saya ada.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2022 @ 1:39 PM