ALCARAZ mudah jinakkan lawan untuk mara ke pusingan keempat Indian Wells. -FOTO Reuters
ALCARAZ mudah jinakkan lawan untuk mara ke pusingan keempat Indian Wells. -FOTO Reuters
AFP

Indian Wells, Amerika Syarikat: Juara bertahan Grand Slam, Jannik Sinner dan Carlos Alcaraz mendominasi perlawanan untuk mara ke pusingan keempat ATP-WTA Indian Wells Masters.

Dua pemain muda terbaik dalam sukan itu tidak langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam perlawanan itu apabila juara Terbuka Australia, Sinner mudah menundukkan Jan-Lennard Struff 6-3, 6-4.

"Hampir sempurna" Alcaraz, penyandang juara Wimbledon yang juga juara selepas menang 6-2, 6-3 ke atas pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime.

Pemain nombor dua dunia dari Sepanyol itu langsung tidak membenarkan lawannya dari Kanada ruang untuk bergerak, mara ke pusingan keempat dengan kemenangan perlawanan kelapan berturut-turut di kejohanan itu.

"Ia hampir perlawanan yang sempurna untuk saya," kata Alcaraz, yang mematahkan servis Auger-Aliassime empat kali. "Saya bergerak dengan baik, bermain agresif dan kurang melakukan kesilapan."

Sinner juga turut melakukan perkara yang sama kepada Struff, dengan pemain Itali itu memenangi perlawanan ke-17 berturut-turut selepas membantu negara memenangi Piala Davis November lalu.

"Kami bersedia dengan sangat baik untuk perlawanan ini, saya cuba mempelajari pergerakannya," kata Sinner. "Saya bermain dengan baik dan beraksi di bawah tekanan.

"Secara keseluruhan saya sangat gembira hari ini, saya berasa sangat baik di gelanggang."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2024 @ 11:06 AM