ALCARAZ bersama trofi kejuaraan di  Indian Wells, California.
ALCARAZ bersama trofi kejuaraan di Indian Wells, California.
AFP

Paris: Carlos Alcaraz kembali menduduki ranking teratas ATP hari ini selepas menjuarai Indian Wells manakala Rafael Nadal tersingkir daripada kelompok 10 terbaik buat kali pertama dalam tempoh 18 tahun.

Pemain remaja Sepanyol, Alcaraz menewaskan bintang Rusia, Daniil Medvedev pada final semalam untuk merampas ranking nombor satu daripada Novak Djokovic yang tidak beraksi di Indian Wells susulan tidak mengambil suntikan vaksin Covid.

Pemain Amerika Syarikat, Taylor Fritz jatuh lima anak tangga ke nombor 10 dunia selepas misi pertahankan gelarannya lebur di suku akhir.

Nadal yang tidak beraksi sejak mengalami kecederaan di pusingan kedua Terbuka Australia merosot di tangga ke-13.

Juara Grand Slam 22 kali itu sebelum ini berada dalam senarai 10 teratas sejak April 2005.

Senarai 20 teratas ATP

1. Carlos Alcaraz (ESP) 7,420 pts (+1)

2. Novak Djokovic (SRB) 7,160 (-1)

3. Stefanos Tsitsipas (GRE) 5,770

4. Casper Ruud (NOR) 5,560

5. Daniil Medvedev 4,330 (+1)

6. Felix Auger-Aliassime (CAN) 3,415 (+4)

7. Andrey Rublev 3,390

8. Holger Rune (DEN) 3,325

9. Hubert Hurkacz (POL) 3,065 (+2)

10. Taylor Fritz (USA) 2,975 (-5)

11. Jannik Sinner (ITA) 2,925 (+2)

12. Cameron Norrie (GBR) 2,815

13. Rafael Nadal (ESP) 2,715 (-4)

14. Frances Tiafoe (USA) 2,710 (+2)

15. Alexander Zverev (GER) 2,580 (-1)

16. Karen Khachanov 2,505 (-1)

17. Pablo Carreno Busta (ESP) 2,230

18. Alex de Minaur (AUS) 2,085

19. Tommy Paul (USA) 2,045

20. Borna Coric (CRO) 1,905

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2023 @ 6:48 PM