MURRAY dijangka kembali hangatkan Terbuka Qatar. -FOTO AFP
MURRAY dijangka kembali hangatkan Terbuka Qatar. -FOTO AFP
Agensi

London: Tim Henman 'gembira' jika dapat melihat Andy Murray dan Rafael Nadal kembali bersaing di Terbuka Qatar bulan ini.

Kedua-dua pemain berpengalaman yang mendominasi sukan itu semasa era 'Empat Kuasa Besar' bersama Novak Djokovic dan Roger Federer, bersedia untuk bermain beraksi di acara ATP 250.

Murray mara ke final kejohanan tahun lalu dan sedang mencari rentak untuk keluar dari mimpi ngeri yang menyaksikan dia tewas sembilan daripada 10 perlawanan terakhirnya.

Sementara itu, Nadal berusaha untuk meneruskan kemunculannya semula di Doha selepas pulih daripada kecederaan jangka panjang yang menyebabkan dia tidak dapat menyertai Terbuka Australia tahun ini dan hampir keseluruhan musim 2023.

"Kami akan menyukainya," kata bekas pemain nombor satu British Henman.

"Untuk melihat mereka berdua sihat dan kembali ke gelanggang. Saya perlu katakan, prestasi Rafa di Brisbane sangat mengagumkan.

"Selepas tidak bermain selama setahun dan kemudian kembali dan bermain pada tahap seperti itu ia amat mengagumkan.

"Dia tewas dalam perlawanan yang sangat sengit menentang Jordan Thompson dan kemudian mengalami sedikit kemunduran.

"Murray dan Nadal, saya tidak ingat berapa kali mereka bertembung tetapi saya pasti akan hadir untuk melihat mereka bermain sekali lagi!"

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Februari 2024 @ 12:45 PM