Andy Murray. FOTO File Agensi
Andy Murray. FOTO File Agensi
AFP

Cologne, Jerman: Andy Murray menjangkakan rekod 13 kejuaraan Terbuka Perancis milik Rafael Nadal tidak akan diatasi oleh sesiapa.

Murray bekas pemain nombor satu dunia dari Britain berazam untuk bangkit pada kejohanan di Cologne minggu ini selepas aksi mengecewakannya di Roland Garros.

Murray, 33, juara bertahan Olimpik, tersingkir dengan straight set di pusingan pertama Terbuka Perancis bulan lalu kepada Stan Wawrinka.

Dia yang berusaha meningkatkan permainan apabila kembali beraksi selepas menjalani pembedahan pinggul.

Ahad lalu, Nadal, 34, menewaskan Novak Djokovic 6-0, 6-2, 7-5 pada final di Roland Garros untuk gelaran ke-13 di Terbuka Perancis.

Sensasi Sepanyol itu turut menyamai rekod sepanjang zaman 20 gelaran Grand Slam yang dipegang Roger Federer yang menyifatkan pencapaian Nadal antara paling hebat dalam sejarah sukan.

"Ia pencapaian menakjubkan. Saya tak rasa apa yang dilakukannya di Roland Garros akan dapat diatasi sampai bila-bila." kata Murray.

"Dia kurang satu kemenangan untuk menyamai jumlah Grand Slam (Pete) Sampras, dan dia melakukannya hanya dalam satu kejohanan. Ia luar biasa.

"Saya tak fikir ia akan diulangi dan tidak ada sesiapa yang hampir."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 9:38 AM