ALICE berjaya beri persembahan mantap. FOTO Bernama
ALICE berjaya beri persembahan mantap. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Skuad pingpong wanita negara berjaya mara ke final Sukan Sea selepas 30 tahun.

Pasukan berkenaan yang dibarisi Karen Lyne, Alice Chang, Tee Ai Xin dan Im Li Ying berjaya mara ke final selepas mengatasi Vietnam di Dewan Pingpong Stadium Nasional Morodok Techo.

Mereka akan berdepan Thailand dalam saingan akhir esok.

Kali terakhir pasukan wanita mara ke final ialah di Singapura pada 1993 di mana pasukan yang diketuai Phua Bee Sim muncul naib juara di belakang Indonesia.

Laluan ke final kelihatan cerah untuk pasukan pingpong wanita negara selepas mereka mengejutkan jiran, Singapura 3-0 semalam.

Karen mengalahkan Zhou Jingyi 3-2 (16-18, 11-8, 9-11, 15-13, 11-6) Alice pula menang ke atas Zeng Jian 11-9 4-11, 3-11) sebelum Ai Xin menumpaskan Wong Xin Ru 3-1 (12-10, 12-10, 7-11, 11-9).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2023 @ 11:24 PM