BROOKSBY meraikan kemenangan ke atas Ruud.
BROOKSBY meraikan kemenangan ke atas Ruud.
AFP

Melbourne: Pilihan kedua Casper Ruud tersingkir di pusingan kedua Terbuka Australia dan impian menjadi pemain nombor satu dunia turut musnah selepas dikecewakan pemain Amerika Syarikat Jenson Brooksby sebentar tadi.

Bintang Norway itu yang terpaksa menerima rawatan perubatan selepas set kedua tewas 6-3, 7-5, 6-7 (4/7), 6-2 kepada lawannya yang menduduki ranking ke-39 dunia di Rod Laver Arena.

Ruud yang memburu gelaran Slam pertama bangkit dengan menyelamatkan tiga mata akhir sebelum memenangi set ketiga.

Namun Brooksby kembali mendapat rentak di set keempat untuk meraih kemenangan dan akan menentang rakan senegara Tommy Paul yang mengatasi cabaran pilihan ke-30 dari Sepanyol Alejandro Davidovich dengan limat set.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2023 @ 2:23 PM