RUUD mara ke final Terbuka AS. -FOTO AFP
RUUD mara ke final Terbuka AS. -FOTO AFP
AFP

New York: Casper Ruud mara ke final Terbuka AS dan semakin menghampiri ranking nombor satu dunia selepas melakar kemenangan empat set ke atas Karen Khachanov.

Ruud menewaskan pemain Rusia itu 7-6 (7/5), 6-2, 5-7, 6-2 di separuh akhir dan akan menentang pemain remaja Sepanyol Carlos Alcaraz pada pertembungan akhir esok.

Alcaraz menewaskan Frances Tiafoe dalam satu lagi separuh akhir Terbuka AS yang penuh dramatik akan bertarung untuk merebut gelaran dan ranking nombor satu dunia menentang Ruud.

Pemain Sepanyol berusia 19 tahun itu menang 6-7 (6/8), 6-3, 6-1, 6-7 (5/7), 6-3 untuk menjadi finalis Grand Slam lelaki termuda sejak Rafael Nadal menawan pertama daripada 22 Slamnya di Terbuka Perancis 2005.

Ia akan menjadi final Grand Slam kedua Ruud musim ini selepas muncul naib juara tewas kepada Rafael Nadal di Terbuka Perancis Jun lalu.

"Perlawanan hari ini adalah satu lagi pertemuan hebat daripada saya. Saya rasa kami agak gementar pada permulaan, ada sedikit kesilapan," kata Ruud yang tidak pernah melepasi pusingan ketiga di sini, sebelum tahun ini.

"Anda perlu mengambil kira bahawa perlawanan ini mungkin paling besar buat karier kami berdua dan tentu sahaja ia memberi rasa gementar."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2022 @ 12:05 PM